Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Cadangan wujudkan semula Tribunal Penjawat Awam, perlu dibincang dengan KPPA dan KSN: Fahmi | Scoop

Cadangan wujudkan semula Tribunal Penjawat Awam, perlu dibincang dengan KPPA dan KSN: Fahmi

Ini kerana sebarang perkara berkaitan perkhidmatan awam perlu dirujuk kepada kedua-dua pihak itu untuk diteliti

9:17 AM MYT

 

BARCELONA – Cadangan Tribunal Penjawat Awam diwujudkan semula sebagai sebuah  platform untuk penjawat awam mendapat pembelaan, hendaklah dibincangkan  dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) terlebih dahulu.

Jurucakap Kerajaan Madani Fahmi Fadzil berkata ini kerana sebarang perkara berkaitan perkhidmatan awam perlu dirujuk kepada kedua-dua pihak itu untuk diteliti.

“Jadi kita mungkin boleh teliti perkara ini dan perlu serahkan kepada KPPA dan KSN,” katanya kepada Bernama dan RTM ketika ditemui di sini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berada di Barcelona bagi mengetuai delegasi Malaysia ke “Mobile World Congress” Barcelona 2024 yang bermula Isnin ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan itu yang dibangkitkan Kesatuan Pekerja-pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia susulan isu penurunan pangkat Datuk Dr Ammar Abd Ghapar  daripada Ketua Pengarah kepada Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia.

Tribunal Penjawat Awam pernah ditubuhkan di bawah Akta Tribunal Perkhidmatan Awam 1977 oleh kerajaan dan antara peranannya ialah menimbang tara sesuatu pertikaian membabitkan pihak yang berkenaan selepas keputusan gagal dicapai di peringkat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). – 25 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related