Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
2 maut, 2 lagi cedera dalam letupan gas acetylene di Puchong | Scoop

2 maut, 2 lagi cedera dalam letupan gas acetylene di Puchong

Identiti mangsa yang terlibat masih belum dikenalpasti

12:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua orang maut manakala dua lagi cedera dalam letupan gas acetylene di sebuah kedai di Jalan Utama 2/26, Taman Perindustrian Puchong Utama, di sini, pagi tadi.

Identiti mangsa yang terlibat masih belum dikenalpasti.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan ketika kejadian terdapat empat mangsa dan kerja-kerja ventilasi sedang dilakukan untuk mengeluarkan gas yang masih berada di dalam kedai.

“Bomba menerima panggilan pada jam 10.14 pagi dan apabila sampai di lokasi, Komander Operasi memaklumkan letupan gas acetylene itu berlaku di sebuah kedai yang mempunyai keluasan 30x60kp,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut JBPM, petugas Kementerian Kesihatan (KKM) juga kini berada di lokasi kejadian.

Jelasnya, sebarang perkembangan lanjut mengenai insiden ini akan dimaklumkan kelak. – 23 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related