Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Lelaki ditemukan maut dalam kereta berkunci di Ipoh | Scoop

Lelaki ditemukan maut dalam kereta berkunci di Ipoh

Mangsa dipercayai telah membakar arang di dalam kereta berkenaan

10:18 AM MYT

 

IPOH – Seorang lelaki ditemukan maut dalam sebuah kereta yang berkunci di sebuah rumah di Taman Rapat Indah di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh menerima panggilan kecemasan pada 12.20 tengah malam dan tiba di lokasi kejadian kira-kira tujuh minit kemudian.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati seorang lelaki terkunci di dalam kenderaan Perodua Myvi. Mangsa dipercayai telah membakar arang di dalam kereta berkenaan.

“Anggota bomba bertindak membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas. Mangsa diberi rawatan awal oleh pihak petugas kesihatan yang berada di tempat kejadian namun telah disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan.

Sabarodzi berkata, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada 1.13 pagi. – 23 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related