Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Jenazah Abdul Taib selamat dikebumi dengan istiadat pengebumian negeri | Scoop

Jenazah Abdul Taib selamat dikebumi dengan istiadat pengebumian negeri

Keranda jenazah yang ditutupi dengan bendera Sarawak tiba di tanah perkuburan itu pada 1.40 petang dalam suasana hujan renyai

6:00 PM MYT

 

KUCHING – Jenazah bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud selamat dikebumikan pada 2.19 petang di tanah perkuburan keluarga di Demak Jaya, di sini.

Keranda jenazah yang ditutupi dengan bendera Sarawak tiba di tanah perkuburan itu pada 1.40 petang dalam suasana hujan renyai.

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah bersama anakanda Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah, Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg antara ratusan hadirin pada istiadat pengebumian negeri tersebut.

Upacara dimulakan dengan bacaan talkin oleh Imam Besar Negeri Sarawak Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi disusuli penyerahan bendera Sarawak sebagai penghormatan tertinggi sebelum proses menyiram air mawar ke atas pusara dilakukan.

Jenazah Abdul Taib disemadikan bersebelahan dengan pusara isteri Allahyarham Datuk Patinggi Puan Sri Laila Taib yang meninggal dunia akibat barah pada 29 April 2009.

Pagi tadi, jenazah telah dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bagi membolehkan rakyat memberi penghormatan terakhir dari 8 hingga 11.30 pagi.

Solat jenazah kemudiannya diadakan di Masjid Demak berdekatan kediaman Allahyarham pada 12.56 tengah hari. 

Abdul Taib, meninggal dunia pada usia 87 tahun di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 4.40 pagi semalam.

Kerajaan negeri memberikan penghormatan penuh dengan mengisytiharkan berkabung selama dua hari bermula semalam dan bendera di seluruh Sarawak dikibarkan separuh tiang dengan semua acara hiburan ditangguhkan. – 22 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related