Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
10 kawasan catat suhu panas tahap berjaga-jaga | Scoop

10 kawasan catat suhu panas tahap berjaga-jaga

Suhu tahap berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut

10:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sepuluh kawasan di seluruh negara merekodkan suhu panas tahap berjaga-jaga sehingga 6 petang tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menurut makluman jabatan itu di Facebook hari ini, sembilan kawasan direkodkan di Semenanjung melibatkan Pulau Langkawi, Kota Setar, Yan, Pendang, Pokok Sena, Sik, Baling di Kedah; Seberang Perai Utara di Pulau Pinang dan Kuala Kangsar, Perak manakala Sabah melibatkan daerah Beaufort.

Suhu tahap berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

MetMalaysia sebelum ini memaklumkan negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga penghujung Mac 2024.

Dalam tempoh itu, litupan awan dan taburan hujan kelazimannya adalah kurang di kebanyakan tempat, terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak, Pahang dan Kelantan.

Ketiadaan hujan dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan.

Cuaca panas yang dialami ketika ini adalah fenomena berulang yang berlaku saban tahun pada setiap Februari hingga Mei dan dalam tempoh ini, suhu maksimum harian boleh melebihi 35 darjah Celsius pada awal petang. – 17 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related