Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Prasarana tuntut RM38 juta pampasan susulan gangguan perkhidmatan LRT: Loke | Scoop

Prasarana tuntut RM38 juta pampasan susulan gangguan perkhidmatan LRT: Loke

Beliau berkata, tuntutan itu termasuk perbelanjaan pembaikan dan kos perkhidmatan bas sementara, selepas hampir setahun operasi antara dua stesennya dihentikan

12:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) akan menuntut pampasan RM38 juta, termasuk kos pembaikan dan servis bas perantara daripada pemaju projek pembinaan, susulan perkhidmatan tren di stesen kendaliannya terpaksa dihentikan operasi kira-kira setahun.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, perkhidmatan antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya itu kembali beroperasi hari ini.

“Operasi perkhidmatan stesen berkenaan ditutup dalam tempoh itu akibat beberapa kerosakan pada strukturnya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan walkabout dan pembukaan semula laluan perkhidmatan LRT di stesen itu di sini, hari ini.

Tahun lalu, dilaporkan tiga struktur jejambat dan tiang retak di laluan LRT Ampang antara Masjid Jamek dan Bandaraya, dipercayai berpunca daripada pembinaan sebuah hotel 44 tingkat di kawasan berhampiran.

Loke dilaporkan berkata, projek pembinaan itu tidak mendapat kelulusan Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad).

BERITA LANJUT MENYUSUL

Topics

 

Hangat

Related