Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Sarawak banjir: Jumlah mangsa meningkat mendadak dalam tempoh kurang 24 jam | Scoop

Sarawak banjir: Jumlah mangsa meningkat mendadak dalam tempoh kurang 24 jam

Situasi itu menyaksikan satu lagi PPS dibuka yang menjadikan keseluruhannya empat pusat berkenaan diaktifkan di beberapa kawasan

10:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir di Sarawak mencatatkan peningkatan lebih sekali ganda dengan 402 orang daripada 106 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 191 orang daripada 54 keluarga yang direkodkan pada petang semalam.

Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), mangsa bencana itu ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS), termasuk satu yang di terkini dibuka, iaitu pada lewat petang semalam.

“Tiga PPS di kawasan Kuching membabitkan Dewan Kampung Sinar Budi Baru, Dewan Masyarakat Stapok dan terbaharu, Dewan Serbaguna Taman Malihah.

“Satu PPS di kawasan Bau, iaitu Dewan Kampung Segong yang menempatkan sembilan mangsa,” katanya.

Laporan itu memaklumkan, PPS Dewan Serbaguna Taman Malihah merekodkan jumlah mangsa tertinggi, iaitu 182 orang, diikuti Dewan Masyarakat Stapok (151) dan Dewan Kampung Sinar Budi Baru (60).

Manakala, media melaporkan, semua PPS itu dibuka susulan beberapa kawasan di Sarawak dilanda banjir akibat hujan lebat berterusan sejak jam 3 pagi semalam.

Laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan, cuaca di negeri berkenaan pada pagi dan malam diramal hujan di satu atau dua tempat di kawasan pedalaman. – 17 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related