Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Insentif RM20,000 untuk tandas lima bintang di masjid, surau Wilayah Persekutuan | Scoop

Insentif RM20,000 untuk tandas lima bintang di masjid, surau Wilayah Persekutuan

Masjid dan surau perlu memberikan contoh terbaik dalam aspek kebersihan selain Islam harus diserlahkan sifatnya yang menjulang tinggi nilai rahmah dan dakwah

8:25 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata setiap enam masjid atau surau di Wilayah Persekutuan yang mencapai kebersihan tandas bertaraf lima bintang akan menerima insentif sebanyak RM20,000. 

Beliau berkata insentif itu adalah untuk program keilmuan serta pembangunan dan penyelenggaraan bagi masjid atau surau yang mengikuti Kempen Kebersihan Tandas Masjid dan Surau bertaraf lima bintang peringkat Wilayah Persekutuan yang dilancarkan semalam.

“Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) atas usaha yang amat bermakna ini untuk menyerlahkan keindahan Islam serta institusi masjid dan surau.

“Pelancaran Kempen Kebersihan Tandas dan Surau Bertaraf 5 Bintang Peringkat Wilayah Persekutuan ini amat besar maknanya untuk kita menyerlahkan qudwah kepada masyarakat,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Mohd Na’im juga berkata masjid dan surau perlu memberikan contoh terbaik dalam aspek kebersihan selain Islam harus diserlahkan sifatnya yang menjulang tinggi nilai rahmah dan dakwah. 

“Inilah usaha Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk memulakan usaha ini di Wilayah Persekutuan. Semoga ia memberikan kebaikan dan manfaat kepada semua pihak,” katanya. – 17 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related