Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Pelancong Korea Selatan ditemui meninggal dunia dalam resort, selepas bergaduh dengan isteri | Scoop

Pelancong Korea Selatan ditemui meninggal dunia dalam resort, selepas bergaduh dengan isteri

Mangsa ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik air dan kes itu disiasat sebagai kematian mengejut

4:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR –Seorang pelancong Korea Selatan ditemui mati di dalam bilik air di sebuah resort di Pulau Gaya, Sabah, pada Selasa.

Pemangku Ketua Polis Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, mangsa yang berusia 53 tahun itu ditemui pada 7 pagi dan menurut siasatan, lelaki itu menginap di resort terbabit bersama keluarganya pada malam sebelum itu, demikian menurut Borneo Post

Difahamkan mangsa dan isterinya telah bergaduh dan wanita itu memutuskan untuk tidur bersama anak-anak mereka di bilik lain manakala mangsa tidur di bilik tidur utama.

Dia ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik air pada waktu pagi, kata Kalsom sambil menambah polis telah berkejar ke tempat kejadian selepas dimaklumkan oleh pihak pengurusan resort terbabit.

Mayatnya telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat dan Kalsom turut menggesa mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan supaya tampil membantu siasatan.

Kes itu disiasat sebagai kematian mengejut. – 14 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related