Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Agong berkenan terima mengadap 2 menteri di Istana Negara | Scoop

Agong berkenan terima mengadap 2 menteri di Istana Negara

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa menikmati santapan minum petang bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara

4:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar di Istana Negara.

Sultan Ibrahim menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan, pertemuan itu turut disertai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Na’im dalam hantaran di Facebook beliau menyatakan penghargaan atas segala keprihatinan baginda dalam hal ehwal Islam.

“Menjunjung kasih atas segala keprihatinan Tuanku kepada urusan hal ehwal Islam khususnya agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),” katanya.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bersama Datuk Mohd Na’im Mokhtar – Gambar Facebook Sultan Ibrahim, 14 Februari, 2024

Dalam hantaran lain, Sultan Ibrahim juga berkenaan menerima mengadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa yang disertai Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh dan Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Fadlun Mak Ujud.

Semalam, Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa menikmati santapan minum petang bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di ibu negara.

Sebelum itu baginda berkenan menerima menghadap Anwar di Istana Negara.

Sebelum berangkat pulang, Seri Paduka Baginda bersama Anwar meluangkan masa menyaksikan persembahan tarian singa.

Sementara itu, Anwar dalam hantaran di Facebook memaklumkan sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara itu adalah bagi menyembah maklum urusan kertas-kertas Kabinet. – 14 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related