Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Mayat pembantu juruterbang dibawa pulang ke Johor Bahru, proses krematorium esok | Scoop

Mayat pembantu juruterbang dibawa pulang ke Johor Bahru, proses krematorium esok

Mayat dibawa keluar dari Jabatan Forensik HTAR diiringi dua anggota polis trafik pada jam 3.08 petang

3:51 PM MYT

 

KLANG – Mayat salah seorang mangsa nahas pesawat ringan yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar di sini sudah dituntut waris bagi urusan pengebumian.

Mayat mendiang pembantu juruterbang, Roshaan Singh Raina, 43, dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini diiringi dua anggota polis trafik pada jam 3.08 petang tadi selepas proses bedah siasat selesai dijalankan.

Pemandu perkhidmatan kenderaan mayat Sai Sivam Casket Services, Taman Sri Muda yang enggan namanya didedahkan berkata, mayat tersebut akan dibawa pulang ke kediaman keluarga di Sunway Lenang Heights, Johor Bahru sebelum dibawa ke pusat krematorium esok.

Terdahulu, polis mengesahkan kematian kedua-kedua mangsa adalah disebabkan pelbagai kecederaan akibat nahas pesawat (multiple injuries due to plane crash).

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, proses bedah siasat yang dimulakan sejak jam 10 pagi selesai pada jam 12.15 tengah hari tadi.

Seorang lagi mayat mangsa iaitu juruterbang, Daniel Yee Hsiang Khoon, 31, masih belum dituntut oleh waris. – 14 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related