Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Dr Mahathir perlu berehat selepas jalani rawatan jangkitan kuman di IJN | Scoop

Dr Mahathir perlu berehat selepas jalani rawatan jangkitan kuman di IJN

Rawatan itu menyebabkan kes saman fitnahnya terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ditangguhkan

9:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat jangkitan kuman, akan berada beberapa hari di situ untuk pemantauan dan berehat.

Menurut jurucakapnya, Dr Mahathir yang dimasukkan ke pusat pakar jantung itu pada 26 Januari lalu, dikehendaki menjalani tempoh rehat untuk pulih.

“Beliau (Dr Mahathir) kini menerima rawatan untuk jangkitan (kuman) di IJN, diikuti tempoh rehat berikutnya untuk pemulihan optimum,” katanya menerusi kiriman mesej kepada media hari ini.

Awal hari ini, prosiding mahkamah bagi kes saman fitnah Dr Mahathir terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaan beliau menghina nama ‘Kutty’ sebagai merujuk bekas Perdana Menteri dua kali itu, ditangguhkan lagi.

Penangguhan itu disebabkan Dr Mahathir bercuti sakit bermula hari ini sehingga 18 Februari.

Peguam Dr Mahathir, Mior Nor Haidir Suhaimi berkata, kes itu akan didengar pada 19 Julai, 26 hingga 27 Ogos serta 29 dan 30 Oktober.

Manakala, pihak pembelaan mengesahkan, perbicaraan yang dijadualkan hari ini sehingga Jumaat ditangguhkan.

Sementara itu, pada Ogos tahun lalu, Dr Mahathir mengesahkan beliau dimasukkan ke IJN untuk rawatan berkaitan jangkitan.

Sebelum itu, Dr Mahathir, 99, dilaporkan dimasukkan ke IJN pada September 2022 selepas dijangkiti Covid-19.

Beliau dimasukkan ke IJN bagi menjalani saringan kesihatan di pusat perubatan itu.

Kemudian, beliau dibenarkan keluar kira-kira lapan hari kemudian selepas menjalani beberapa ujian. – 13 Februari 2024

Topics

 

Hangat

Related