Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
[KEMASKINI] Pesawat ringan terhempas di Kapar, Klang | Scoop

[KEMASKINI] Pesawat ringan terhempas di Kapar, Klang

Serpihan pesawat ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit

2:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebuah pesawat ringan dilaporkan terhempas dekat Kapar, Klang sekitar tengah hari tadi.

Menerusi video yang tular menunjukkan bangkai pesawat itu bertaburan di sebuah kawasan ladang kelapa sawit.

Laporan awal mengatakan sebahagian besar serpihan pesawat itu ditemukan di kawasan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Muda, Kapar.

Anggota Bomba sedang melihat keadaan sebuah pesawat ringan dilaporkan terhempas dekat Kapar, Klang sekitar tengah hari tadi. – Gambar JBPM Selangor, 13 Februari, 2024

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Scoop mengesahkan mengenai kejadian itu.

Menurut beliau, buat masa ini dipercayai dua orang mangsa terlibat

Pihaknya akan memperincikan mengenai jenis pesawat dan kejadian tersebut.

Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan, kerja-kerja mencari mangsa sedang dijalankan.

Serpihan pesawat ringan yang dilaporkan terhempas dekat Kapar, Klang. – Gambar JBPM Selangor, 13 Februari, 2024

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 1.56 petang dan setibanya di lokasi kejadian berlaku kapal terbang terhempas.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Topics

 

Hangat

Related