Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Sofa kediaman terbakar, enam beradik diselamatkan bomba | Scoop

Sofa kediaman terbakar, enam beradik diselamatkan bomba

Difahamkan ketika kejadian, ibu mereka berada di hospital kerana bapa mereka mengalami masalah jantung

2:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Enam beradik berdepan detik cemas apabila sofa di rumah mereka terbakar ketika ibu bapa tiada dalam kejadian di Blok Q, Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, pagi tadi.

Semua mereka yang berusia antara dua hingga 11 tahun diselamatkan sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sungai Buloh yang tiba di lokasi selepas menerima laporan kejadian pada jam 11.15 pagi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kebakaran membabitkan sebuah sofa di ruang tamu di unit apartmen terbabit dan tidak melibatkan struktur bangunan.

“Anggota bomba terpaksa memotong pintu pagar hadapan rumah yang berkunci untuk memadam kebakaran dan mengeluarkan mangsa.

“Terdapat enam mangsa terdiri daripada empat kanak-kanak perempuan dan dua kanak-kanak lelaki terperangkap di dalam rumah dan berjaya di selamatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesemua kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Difahamkan ketika kejadian, ibu mereka berada di hospital kerana bapa mereka mengalami masalah jantung,” katanya. – 12 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related