Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Mangsa kebakaran Flat Sri Sabah ditempatkan di PPS SK Seri Cheras | Scoop

Mangsa kebakaran Flat Sri Sabah ditempatkan di PPS SK Seri Cheras

Seramai 16 mangsa daripada lima keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran itu berada di PPS

12:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua penghuni kediaman yang musnah dalam kebakaran di tingkat 17, Blok 70, Flat Sri Sabah, Cheras di sini, malam tadi, ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Cheras.

Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan Sri Sabah 3B, Zainal Abidin Abd Wahab berkata, kesemua 16 ahli keluarga yang terlibat dalam kebakaran itu ditempatkan di sekolah terbabit sekitar jam 12 tengah malam hingga 2 pagi tadi.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan setelah perbincangan dilakukan pihak persatuan penduduk bersama Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Guru Besar SK Seri Cheras.

“Pada mulanya kita ingin menempatkan mangsa di Blok 66, namun kawasan tersebut agak sempit.

“Akhirnya kita putuskan untuk menempatkan kesemua mangsa di PPS di SK Seri Cheras.

“Seramai 16 mangsa daripada lima keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran ini berada di PPS,” katanya hari ini.

Penduduk Flat Sri Sabah, Cheras, Joseph Simon melihat kemusnahan yang menimpa kediamannya dalam kebakaran di tingkat 17 Blok 70. – Azim Rahman/Scoop, 12 Februari, 2024

Tinjauan Scoop ke lokasi kejadian pagi tadi mendapati anggota keselamatan terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan petugas DBKL berada di flat tersebut.

Anggota PDRM turut mengawal laluan masuk ke tingkat atas flat itu yang terbakar kira-kira jam 9.30 malam tadi.

DBKL dilihat turut menghantar bantuan tangki air besar ke lokasi kejadian awal pagi tadi.

Sebahagian unit kediaman di blok terbabit mengalami gangguan bekalan air susulan kebakaran malam tadi.

Terdahulu, kegagalan sistem pemadaman api di tingkat 17, Blok 70, Flat Sri Sabah, Cheras dekat sini menyebabkan kesukaran kepada bomba untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Pengarah Jabatan Operasi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Nordin Pauzi berkata, keadaan itu menyebabkan bomba terpaksa meletakkan pam air di tingkat 16 bagi memudahkan proses pemadaman api. – 12 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related