Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
‘Ubat dah makan, kerja baik-baik’, lawatan mengejut KPN tinjau tugas kakitangan dipuji netizen | Scoop

‘Ubat dah makan, kerja baik-baik’, lawatan mengejut KPN tinjau tugas kakitangan dipuji netizen

Beliau dianggap ketua merendah diri dan peramah meskipun mengetuai PDRM

5:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lawatan mengejut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang bagi meninjau sendiri penugasan dan operasi harian kakitangannya di situ, menerima pujian warga maya dengan rata-rata menyifatkan beliau ‘pemimpin sebenar’.

Ada antara mereka menganggap lawatan Razarudin ke Pusat Kawalan Daerah (DCC) itu juga menggambarkannya sebagai ketua yang peramah dan merendah diri meskipun memegang tampuk kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Malah, perbualan Razarudin bersama anggota di situ, termasuk ungkapan, ‘ubat dah makan’ yang ditanya kepada seorang kakitangan yang memberitahu dia menghadapi masalah kesihatan dan akan berpencen dalam tempoh beberapa tahun lagi, dianggap cukup bermakna kepada mana-mana petugas dan membuatkan netizen turut sebak.

“Terdengar soalan Tan Sri ‘ubat dah makan ubat’! Itu je cukup (bernilai) bagi anak buah. Sebagai orang awam, saya pun tumpang bangga, hiba dengar soalan dari ketua tertinggi pada anak buahnya, santai…” kata seorang netizen.

“Terbaik Tan Sri, tegas tetapi tetap humble (merendah diri),” tulis LY.

“Inilah sikap seorang pemimpin yang baik, komen netizen,” puji netizen lain.

“Ini yang kita mahukan datang melawat tanya khabar, apa masalah, sekurang-kurangnya baru anggota semangat nak kerja…mantap Tan Sri Ketua Polis Negara,” kata Wan Zaidi.

“Terbaik Ketua Polis Negara turun padang melihat sendiri apa yang berlaku di peringkat bawahan, bukan hanya mendengar atau membaca laporan yang semuanya berkata ‘yes bos, sudah bos, terbaik bos’…,” ulas seorang netizen.

Manakala, segelintir netizen menganggap tindakan ditunjukkan Razarudin itu adalah sikap yang sememangnya perlu dilakukan seorang pemimpin yang baik, malah diharap ia menjadi ikutan kepada lebih ramai ketua.

“Ini adalah apa yang ketua pasukan perlu lakukan. Mendekati dan memahami anggota yang menjalankan tugas, memahami masalah dan sokong depa semua. Anda sudah melakukan tugas yang terbaik Tan Sri,” kata Azman.

“Terbaik Ketua Polis Negara, kepimpinan melalui teladan,” komen Nash.

“Semoga apa Tan Sri lakukan akan menjadi perintis kepada pegawai atasan turun ke lapangan dan memantau petugas kerana ini adalah motivasi kepada anggota di lapangan. Salute,” ujar Yie.

“Boleh tegur dan beri tunjuk ajar kepada orang bawahan, macam nilah gaya ketua yang terbaik, bukannya terus menghukum…Jadilah seorang ketua yang memberi tunjuk ajar, bukannya menghukum,” kata netizen lain pula.

Pada masa sama, ada pula netizen mengusik anggota di situ, dengan bertanyakan perasaan mereka apabila tiba-tiba melihat Ketua Polis Negara muncul di depan mata.

“Mesti ada yang menggelabah kan bos datang mengejut…,” kata seorang netizen.

“Tetiba sebak lepas tengok video ni, the true leader proven, semoga dipermudahkan urusan aman 1, mesti anggota MPV terkejut kan dengar callsign aman 1 panggil,” tulis Wan.

Ketika lawatannya itu yang dirakamkan menerusi video berdurasi 3 minit 15 saat dimuat naik di Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police), kelihatan beliau memberikan nasihat dan teguran kepada kakitangan agar sentiasa komited dalam melaksanakan tugas, selain menjalankan tanggungjawab diamanahkan dengan baik dan mengutamakan keselamatan diri.

“Selamat bertugas kepada semua, bertugas dengan baik, jaga keselamatan, jaga diri, jaga keselamatan harta kerajaan dengan baik juga selain untuk menjaga masyarakat,” katanya.

Beliau turut dilihat duduk bersila di atas sofa dan berborak santai bersama anggota di situ.

Lebih istimewa apabila beliau menghulurkan makanan kepada petugas dan mengajak mereka bergambar sebagai tanda kenangan. – 11 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related