Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Polis giat kesan warga emas hilang di Tampin | Scoop

Polis giat kesan warga emas hilang di Tampin

Anak mangsa memaklumkan bapanya yang berusia 70 tahun keluar rumah menaiki kereta Honda HRV dalam kejadian 9.30 pagi semalam

5:30 PM MYT

 

SEREMBAN – Polis mengesan seorang warga emas yang tidak pulang ke rumah selepas dikatakan berlaku salah faham dengan keluarganya di sebuah rumah di Kampung Air Gelugor, Gemencheh, Tampin dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, anak mangsa memaklumkan bapanya yang berusia 70 tahun itu didapati keluar rumah menaiki sebuah kereta jenis Honda HRV dalam kejadian pada 9.30 pagi.

“Pakaian terakhir yang dilihat dipakai oleh mangsa ialah kemeja-T berbelang biru kelabu, berseluar biru, dan berkopiah. Anaknya telah menghubungi nombor telefon bimbit ayahnya tetapi gagal dihubungi dan belum pulang ke rumah.

“Kali terakhir telefon bimbit mangsa boleh dihubungi kira-kira 1 tengah hari semalam dan hebahan mengenai kehilangan mangsa telah dibuat melalui Pusat Kawalan Daerah Tampin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan mangsa diminta menyalurkannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin melalui talian 06-4431999 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – 10 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related