Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
PM meriahkan rumah terbuka Tahun Baharu Cina MCA | Scoop

PM meriahkan rumah terbuka Tahun Baharu Cina MCA

Sebagai simbolik meraikan perayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama kepimpinan MCA dan BN turut menggaul ‘Yee Sang’

11:13 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hadir memeriahkan majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA 2024 di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kehadiran Anwar disambut oleh Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, dengan diiringi persembahan tarian singa.

Sebagai simbolik meraikan perayaan itu, Anwar bersama-sama kepimpinan MCA dan BN turut menggaul ‘Yee Sang’.

Ka Siong turut menyampaikan cenderahati kepada Perdana Menteri.

Pada majlis itu, turut hadir ialah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Timbalan Presiden Umno yang juga Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan. – 10 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related