Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
SPRM kesan wanita bantu siasatan kes Aman Palestin | Scoop

SPRM kesan wanita bantu siasatan kes Aman Palestin

Wanita tersebut, Bensir Begam Ahmad Basheer, 42, beralamat terakhir di Taman Seri Damai, Kajang

1:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang wanita bagi membantu siasatan kes Op Taufan melibatkan Aman Palestin Berhad (Aman Palestin).

Wanita tersebut, Bensir Begam Ahmad Basheer, 42, beralamat terakhir di No 42A Jalan Seri Damai 1, Taman Seri Damai, 43000 Kajang, Selangor.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai wanita tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Ps Salvinder Singh a/l Amrik Singh di talian 03-88911636/013-2553131 atau email kepada salvinder@sprm.gov.my.

Pada 8 Januari lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan siasatan terhadap Aman Palestin kini tertumpu mengenai wang yang dibelanjakan pertubuhan itu termasuk perbelanjaan penubuhan beberapa syarikat berkaitan.

Katanya, turut disiasat mengenai pelaburan jongkong emas oleh Aman Palestin dan penerimaan wang yang didakwa sudah diagihkan kepada penerima bantuan di Palestin, Syria dan beberapa negara lain.

Pada 8 Januari lalu, Tan Sri Azam Baki mengesahkan siasatan terhadap Aman Palestin tertumpu kepada wang yang dibelanjakan pertubuhan itu termasuk perbelanjaan penubuhan beberapa syarikat berkaitan. – Azim Rahman/Scoop, 9 Februari, 2024

“Kita siasat sama ada betul atau tidak wang derma itu sudah dihantar ke Palestin, Syria dan beberapa negara lain.

“Kita juga siasat bagaimana wang itu di hantar ke negara berkenaan dan ini menjadi persoalan dalam sisatan pegawai siasatan kita … termasuk pelaburan jongkong emas seperti didakwa mereka,” katanya.

Pada Disember lalu, SPRM mengesahkan membeku sebanyak 41 akaun bank syarikat pertubuhan Aman Palestin bernilai RM15,868,762.

Pembekuan itu dilakukan selepas SPRM menjalankan siasatan terhadap dakwaan Aman Palestin menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai.

Azam menjelaskan SPRM mengambil masa lama menyiasat kerana perlu mendapatkan pengesahan mengenai wang yang sudah diserahkan kepada pihak tertentu.

Katanya, baki wang yang ada dalam akaun Aman Palestin masih perlu dibekukan untuk siasatan lanjut.

“Banyak perkara yang menimbulkan persoalan daripada siasatan dan kita kena terus menyiasat, ini satu yang lazim dalam siasatan kita,” katanya. – 9 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related