Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Lembaga Pengampunan wajar perjelas pengurangan hukuman Najib, ‘sekurangnya kemarahan rakyat reda sedikit’: Khairy | Scoop

Lembaga Pengampunan wajar perjelas pengurangan hukuman Najib, ‘sekurangnya kemarahan rakyat reda sedikit’: Khairy

Perlu ada penjelasan daripada Lembaga Pengampunan walaupun lembaga tersebut tidak perlu beri penjelasan sebab ini adalah kuasa diberikan mengikut Lembaga Persekutuan

11:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berpendapat, Lembaga Pengampunan wajar memberikan penjelasan munasabah di sebalik pengurangan tempoh hukuman serta denda diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menerusi program podcast kelolaannya bersama bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan, iaitu Keluar Sekejap, Khairy berkata, walaupun bukan satu keperluan untuk Lembaga Pengampunan memberikan penjelasan di atas keputusan berkenaan, pengecualian itu patut dipertimbangkan sekiranya membabitkan kes berprofil tinggi seperti kes Najib.

“Perlu ada penjelasan daripada Lembaga Pengampunan walaupun lembaga tersebut tidak perlu beri penjelasan sebab ini adalah kuasa diberikan mengikut Lembaga Persekutuan.

“Tapi dalam kes high profile (kes berprofil tinggi) macam ini, sedikit sebanyak kemarahan (rakyat) boleh reda sedikitlah kalau sekiranya asas kepada pertimbangan itu dibentangkan kepada rakyat.

“Sekurang-kurangnya ada usaha ke arah untuk beri penjelasan supaya benda ini tidak ditolak kepada Yang Dipertuan Agong atau siapa-siapa tak boleh berlindung di belakang Lembaga Pengampunan dan sebagainya,” katanya.

Jumaat lalu, Lembaga Pengampunan mengesahkan hukuman penjara dikenakan ke atas Najib dikurangkan daripada 12 tahun ke enam tahun dan denda terhadapnya, dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta yang menyaksikan beliau akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Terdahulu, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Pada masa sama, Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan berkata, alasan pengurangan hukuman terbabit perlu diterangkan secara telus kepada rakyat agar tidak ada mana-mana pihak, cuba mengambil kesempatan untuk menunggang isu mengenai keputusan itu.

“Sebelum itu beliau (Anwar) ada temubual di Al-Jazeera di mana beliau kata nothing to do with prime minister, ini kuasa yang diberikan kepada Yang Dipertuan Agong dan Lembaga Pengampunan.

“Tetapi dalam perhimpunan itu (perhimpunan bersama warga kerja Jabatan Perdana Menteri Isnin lalu), beliau berkata, proses itu termaktub dalam Perlembagaan jadi kita tidak boleh pertikaikan proses which technically is correct.

“(Selepas itu Anwar menjelaskan) sudah juga mengambil kira sumbangan dan jasa Datuk Seri Najib sebagai bekas Perdana Menteri. Saya sendiri sarankan kalau itu menjadi asas, cakaplah perkara itu menjadi asas,” katanya.

Semalam, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Lembaga Pengampunan tidak perlu mendedahkan alasan di sebalik pengurangan hukuman Najib, biarpun terdapat desakan pihak tertentu mengenai perkara itu.

“Kabinet tidak membincangkan keperluan bagi Lembaga Pengampunan untuk membuat sebarang penjelasan. Biasanya, lembaga tidak membuat komen atau kenyataan mengenai keputusannya,” katanya. – 8 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related