Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Projek Pan Borneo Sarawak dapat disiapkan tahun ini: Nanta | Scoop

Projek Pan Borneo Sarawak dapat disiapkan tahun ini: Nanta

Sedikit lagi yang perlu dibuat perubahan kepada reka bentuk kerana (ada beberapa) masalah tanah di lokasi yang terlibat

2:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak dapat disiapkan sepenuhnya tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata setakat ini status kemajuan pembinaan projek berkenaan telah mencapai 98.91 peratus.

“Sedikit lagi yang perlu dibuat perubahan kepada reka bentuk kerana (ada beberapa) masalah tanah di lokasi yang terlibat. Itulah yang boleh dikatakan mengapa kita belum mencapai 100 peratus lagi (ketika ini),” katanya pada sidang media selepas Majlis Amanat Tahun 2024 serta Perhimpunan Bulanan Bersama Warga KKR di Kompleks Kerja Raya, di sini hari ini.

Berhubung perkembangan projek LPB Sabah, Nanta berkata status projek berkenaan telah mencapai kemajuan hampir 87 peratus siap bagi Fasa 1A yang melibatkan 15 pakej kerja manakala di bawah pakej Fasa 1B yang membabitkan 19 pakej kerja, proses tender sedang dilaksanakan.

Dalam perkembangan lain, Nanta berkata Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) yang menghubungkan Banting, Selangor dan Taiping, Perak pula dijangka akan dibuka sepenuhnya 1 Mac ini.

“Lebuhraya WCE ini bakal menjadi laluan alternatif kepada pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bagi mengurangkan kesesakan terutamanya pada musim perayaan. Setiap projek mega ini akan membantu lonjakan ekonomi dan pembangunan di negara kita,” katanya.

Terdahulu, Nanta dalam ucapan mengingatkan semua warga kementerian untuk melaksanakan tugasan secara lebih proaktif dan tidak hanya menunggu aduan daripada rakyat semata berkaitan isu jalan raya.

“Diakui bahawa isu berkaitan jalan raya sering menjadi modal netizen untuk dihebahkan atau ditularkan. Saya memahami banyak aduan yang telah diambil tindakan segera, namun ada juga aduan yang mengambil masa terlalu lama untuk ditangani. 

“Tentunya ini menjejaskan kepercayaan rakyat kepada kita. Justeru, perkara utama yang ingin saya tegaskan di sini adalah tindakan bagi kerja membaik pulih di lapangan tanpa perlu menunggu aduan dan jangan menyembunyikan masalah. Hentikan sikap hanya menunggu isu viral baru bertindak,” katanya. – 8 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related