Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Jenazah pendaki wanita, Zahalita dibawa keluar dari puncak gunung pagi ini | Scoop

Jenazah pendaki wanita, Zahalita dibawa keluar dari puncak gunung pagi ini

Jenazah Zahalita Othman dibawa naik ke atas helikopter JBPM dan diterbangkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Pahang, pada 9.15 pagi tadi

10:46 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Jenazah Allahyarham Zahalita Othman, 52, yang meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas ketika mendaki Gunung Reskit, dekat Gunung Tahan, sejak Selasa lalu, telah dibawa turun pada 8.30 pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata, jenazahnya dibawa naik ke atas helikopter JBPM dan diterbangkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Pahang, pada 9.15 pagi tadi.

“Mayatnya telah diserahkan kepada polis untuk dihantar ke Hospital Jerantut,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengikut laporan media, Allahyarham Zahalita Othman dan kumpulannya telah mengikuti program pendakian gunung berkenaan sejak 1 Februari lalu.

Pagi tadi, Bomba telah menyambung operasi bagi menurunkan mayat Zahalita yang berada di lokasi kira-kira 4,200 kaki di puncak Gunung Reskit.

Operasi yang dilancarkan selama dua hari, sebelum ini telah menemui kegagalan susulan hujan lebat serta kabus tebal.

Berdasarkan maklumat awal, Allahyarham telah mengalami sesak nafas serta disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu ketika mengikuti aktiviti mendaki Gunung Tahan. – 8 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related