Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
N. Surendran tinggalkan PKR | Scoop

N. Surendran tinggalkan PKR

Keputusan itu dibuat selepas mendakwa tidak pernah mendapat jawapan mengenai pembaharuan yang pernah dijanjikan

8:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden PKR , N. Surendran meninggalkan parti itu dengan mendakwa beliau tidak pernah mendapat jawapan mengenai “pembaharuan yang pernah dijanjikan”.

Surendran yang juga bekas Ahli Parlimen Padang Serai menerusi ciapan di platform X memaklumkan, beliau sudah lama tidak menjadi ahli parti.

“Tidak ada gunanya menjadi ahli parti yang tidak lagi mewakili perubahan dan reformasi. Anggap ini sebagai peletakan jawatan saya,” katanya.

Terdahulu, Surendran mendakwa sikap berdiam diri Pakatan Harapan (PH) dan PKR ketika pemimpin DAP, Tony Pua disiasat adalah “memalukan”.

“Saya mengambil maklum pandangan (N. Surendran). Dalam PKR dan PH, kami berpegang pada prinsip kami. Pada masa sama, kita ada disiplin parti dalam perkara itu… yang penting,” kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam sidang media di kementeriannya di sini, selepas mesyuarat mingguan Kabinet hari ini.

Pua, yang juga bekas Ahli Parlimen Damansara dipanggil oleh Bukit Aman pada Isnin, selepas diarahkan oleh polis untuk hadir bagi membantu siasatan berhubung catatan di Facebooknya mengkritik keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara, Datuk Seri Najib Razak.

Sehari sebelum itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan bahawa Pua disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, menerusi Facebooknya itu, Tony Pua dilihat menzahirkan rasa tidak puas hatinya menerusi sebaris ayat.

“Bolehkah seseorang menghantar saya ke penjara selama setahun dan sebagai pertukaran, membayar saya RM50 juta, tolong cantik?” katanya. – 7 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related