Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Lembaga Pengampunan tidak perlu jelaskan keputusan yang dibuat: Fahmi | Scoop

Lembaga Pengampunan tidak perlu jelaskan keputusan yang dibuat: Fahmi

Kabinet tidak membincangkan keperluan bagi Lembaga Pengampunan untuk membuat sebarang penjelasan

4:10 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Di sebalik desakan pihak tertentu supaya Lembaga Pengampunan mendedahkan alasan di sebalik pengurangan hukuman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata lembaga tersebut tidak perlu berbuat demikian.

“Kabinet tidak membincangkan keperluan bagi Lembaga Pengampunan untuk membuat sebarang penjelasan. Biasanya, lembaga tidak membuat komen atau kenyataan mengenai keputusannya.

“Belum ada (pendedahan sedemikian) sebelum ini,’’ katanya pada sidang media di kementeriannya selepas mesyuarat minggu Kabinet hari ini.

Fahmi merujuk artikel yang ditulis oleh peguam Datuk Shad Saleem Faruqi mengenai perkara itu yang menyatakan bahawa perbincangan Lembaga Pengampunan adalah sulit.

Jumaat lalu, Urusetia Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya mengumumkan pengurangan hukuman Najib daripada 12 tahun ke enam tahun manakala denda dari RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.

Sekiranya Najib gagal membayar denda, tambahan hukuman penjara setahun lagi akan dikenakan.

Keputusan itu bagaimanapun mendapati reaksi berbeza, termasuk kekecewaan yang diluahkan oleh anaknya, Nooryana Najwa, yang mendesak pengampunan penuh dan bapanya dibebaskan segera.

Sementara itu, bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Isham Jalil mendakwa Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menipu ahli Umno manakala Ketua Pemuda parti itu, Dr Muhamad Akmal Saleh telah ‘menyerang’ Kerajaan Perpaduan.

Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua pula menerusi hantaran di media sosialnya telah menyindir pengurangan hukuman berkenaan, membawa kepada siasatan hasutan oleh polis. – 7 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related