Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
AS$1 bersamaan RM6.24 adalah tidak tepat: BNM | Scoop

AS$1 bersamaan RM6.24 adalah tidak tepat: BNM

Julat perdagangan bagi AS$/RM dicatatkan dalam pasaran adalah antara RM4.7480 dengan RM4.7630 pada 5 Februari

5:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) menjelaskan bahawa data kadar pertukaran ringgit (RM) kepada dolar Amerika (AS$) yang dicatatkan melalui Google dan tular di laman media sosial adalah tidak tepat.

Pertukaran itu diterbitkan oleh Google pada semalam (5 Februari) yang menyaksikan AS$1 bersamaan RM6.24.

BNM dalam kenyataannya berkata, julat perdagangan tinggi dan rendah bagi AS$/RM yang dicatatkan dalam pasaran antara bank tempatan bagi ringgit adalah antara RM4.7480 dengan RM4.7630 pada 5 Februari, seperti yang disiarkan melalui laman sesawang BNM.

“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dalam menggunakan sumber yang tidak dapat disahkan sebagai rujukan berhubung dengan ringgit,” kata BNM. – 6 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related