Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Proses laporan akhir Kajian SSPA akan dimuktamad dalam 2 bulan: Anwar | Scoop

Proses laporan akhir Kajian SSPA akan dimuktamad dalam 2 bulan: Anwar

Beliau berkata perkara itu penting kerana sudah ‘tergantung’ lama, justeru kerajaannya akan memastikan ia selesai secara berkesan

9:58 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, proses Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), termasuk laporan akhirnya akan dipercepatkan dengan ia dimuktamadkan dalam tempoh dua bulan.

Perdana Menteri berkata, usaha mempercepatkan kajian itu adalah demi kebaikan kumpulan sasaran dan beliau enggan mana-mana pihak, termasuk penjawat awam menganggap kerajaan sengaja melengahkan proses SSPA.

Katanya, beliau sudah memulakan mesyuarat penyelarasan gaji penjawat awam, dengan Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) bersetuju kajian itu dipercepatkan.

“Sudahlah 12 tahun tunggu, komiti lagi, kemudian ada komiti penyelarasan, ada komiti penyelarasan lain, lepas tu ada komiti Kabinet, kemudian komiti dipengerusikan Perdana Menteri.

“Jadi (sampai) ada 15 komiti baru nak ambil keputusan, tidak, kita ambil fast track (jalan pantas), sebab jika tidak masalah tak selesai kalau macam tu, tapi (kalau) tak selesai juga tukar PM (Perdana Menteri).

“Saya sudah mula mesyuarat penyelarasan gaji penjawat awam, dengan KSN dan KPPA setuju percepatkan, lebih cepat dari saya jangkakan keputusannya, tapi ia ikut imbangi dengan keupayaan kita, sebab itu saya mulakan saya tidak mahu kata ini sengaja dilengahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

Anwar berkata, melalui usaha mempercepatkan kajian itu, beliau akan mempengerusikan perbincangan dan perinciannya kemudian dimuktamadkan, sebelum dibawa ke dalam mesyuarat Jemaah Menteri untuk kelulusan.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, keberkesanan polisi domestik sangat kritikal dalam membangunkan negara.

“Polisi domestik itu sangat kritikal dalam membangunkan negara, bukan (mengenai) soal luar jadi untuk keluarga Kementerian Kewangan, kita tak boleh lari dari fokus sedemikian, iaitu menumpukan perhatian sepenuhnya.

“Kita tahu masalah kita hadapi, tapi tugas kita ialah fokus mengenai pengurusan ekonomi baik yang mengelak ketirisan dan mempercepat proses kelulusan.

“Beberapa dasar yang apabila disebut domestik, ia adalah keperluan memberikan keyakinan baru dan mengiktiraf kebajikan rakyat,” katanya.

Topics

 

Hangat

Related