Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Onn Hafiz, Rozi dilantik Pengerusi Jawatankuasa BN Johor, Terengganu | Scoop

Onn Hafiz, Rozi dilantik Pengerusi Jawatankuasa BN Johor, Terengganu

Pelantikan dipersetujui Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang bermesyuarat malam tadi

8:28 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rozi Mamat dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Barisan Nasional (BN) Negeri masing-masing.

Pelantikan itu diumumkan Setiausaha Agung BN, Dr Zambry Abd Kadir menerusi kenyataan malam tadi.

Katanya, pelantikan dipersetujui Mesyuarat Dewan Tertinggi parti berkenaan.

“Mesyuarat Dewan Tertinggi bersetuju pelantikan Pengerusi Jawatankuasa BN Negeri Terengganu, Datuk Rozi Mamat.

“Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa BN Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

“Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Bahagian-Bahagian berdasarkan fasal 24(A),” katanya.

Beliau berkata, mesyuarat itu juga membincangkan dan bersetuju dengan beberapa perkara penting berkait rapat perkembangan semasa negara.

“Ia termasuk Dewan Tertinggi BN menghormati keputusan Lembaga Pengampunan selaras Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

“Pada masa sama, Dewan Tertinggi mendukung segala langkah yang bakal diambil selaras dengan lunas undang-undang, seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Zambry berkata, sempena ulang tahun Jubli Emas BN ke-50, Dewan Tertinggi BN bersetuju sebuah jawatankuasa khas dibentuk bagi menyelaras semua program berkaitan Ulangtahun Ke-50 parti berkenaan yang bakal disambut Jun ini.

“BN (juga) dengan takzimnya merafak sembah tahniah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Ibrahim yang dimasyhurkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17. Semoga pemerintahan Tuanku akan membawa Malaysia ke arah lebih makmur dan sejahtera.

“BN turut menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menyempurnakan tempoh pemerintahan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16,” katanya. – 6 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related