Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Pasangan tunang disyaki terlibat kes langgar lari anggota polis ditahan | Scoop

Pasangan tunang disyaki terlibat kes langgar lari anggota polis ditahan

Polis turut merampas sebuah kereta yang digunakan kedua-dua suspek pada hari kejadian

10:52 PM MYT

 

IPOH – Kurang 24 jam insiden seorang pegawai polis cedera dilanggar sebuah kereta ketika melakukan rondaan di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor malam tadi, polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pasangan itu, yang sudah bertunang serta berumur 33 dan 34 tahun, ditahan siang tadi hasil maklumat orang awam.

“Polis turut merampas sebuah kereta yang digunakan kedua-dua suspek pada hari kejadian dan saringan air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah THC serta mempunyai 17 rekod berkaitan kesalahan jenayah dan narkotik,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata suspek wanita juga memiliki dua rekod jenayah dan kedua-duanya akan dibawa ke Mahkamah Majistret esok untuk permohonan reman manakala kertas siasatan akan dilengkapkan serta dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya secepat mungkin bagi tujuan pendakwaan.

Insiden pada 7.30 malam semalam menyaksikan anggota polis berusia 34 tahun itu dilanggar dengan sebuah Proton Iriz biru sebanyak dua kali menyebabkan beliau mengalami kecederaan dan pemeriksaan mendapati tulang rusuk serta tulang bahu mangsa patah.

Yahaya berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. – 5 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related