Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
KPM bincang dengan Kementerian Komunikasi isu akaun TikTok kanak-kanak | Scoop

KPM bincang dengan Kementerian Komunikasi isu akaun TikTok kanak-kanak

Fadhlina Sidek berkata pihaknya perlu mendapatkan maklumat penuh mengenai perkara itu sebelum mengeluarkan sebarang garis panduan mengenai isu berkenaan

3:45 PM MYT

 

GEORGE TOWN – Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Komunikasi berhubung isu pemilikan akaun TikTok oleh kanak-kanak di bawah usia 13 tahun.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pihaknya perlu mendapatkan maklumat penuh mengenai perkara itu sebelum mengeluarkan sebarang garis panduan mengenai isu berkenaan.

”Itu nanti kita minta pandangan dan penyelarasan daripada Menteri Komunikasi (Fahmi Fadzil) sebab saya perlu dapat maklumat penuh dan pedoman daripada beliau supaya kita boleh tengok apa kesan serta impaknya kepada anak-anak kita.

”Saya pasti ada garis panduan yang perlu dipatuhi, maknanya kawalan itu berlaku khususnya daripada ibu bapa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Fadhlina ditemui selepas merasmikan Majlis Apresiasi KEMAS Daerah Barat Daya dan Timur Laut di Dewan Sri Mutiara Raia Inn, di Bayan Lepas dekat sini, melibatkan lebih 800 kanak-kanak.

Pada majlis itu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, turut menyampaikan sijil anugerah cemerlang kepada 107 kanak-kanak.

Sebelum ini Fahmi dilaporkan berkata isu pemilikan akaun TikTok oleh kanak-kanak bawah usia 13 tahun antara isu yang dipertimbangkan untuk diutarakan kepada pengurusan platform media sosial itu.

Fahmi berkata terdapat sedikit kerisauan berhubung pemilikan akaun TikTok oleh kumpulan di bawah umur itu, selain garis panduan komuniti media sosial tersebut menyatakan bahawa individu bawah usia 13 tahun tidak dibenarkan untuk membuka akaun. – 4 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related