Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
‘Mommy tak dapat bergambar dengan abang, mommy edit macam ni je’: Ibu Zayn Rayyan | Scoop

‘Mommy tak dapat bergambar dengan abang, mommy edit macam ni je’: Ibu Zayn Rayyan

Ismanira memuatnaik gambarnya disunting bersama Zayn Rayyan yang sepatutnya hadir majlis graduasinya semalam

1:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebak. Begitulah perasaan ibu kanak-kanak autisme yang menjadi mangsa bunuh, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, saat hadir ke majlis graduasi prasekolah anaknya itu di Sekolah Kebangsaaan (SK) Damansara Damai (2), Petaling Jaya, semalam.

Menerusi hantaran di Instagram, Ismanira Abdul Manaf, 28, berkongsi video memaparkan dia bersama suami, Zaim Ikhwan Zahari, 28, dan seorang lagi anak mereka naik ke atas pentas menerima sijil tamat prasekolah Zayn Rayyan.

Tetamu yang hadir turut memberi tepukan gemuruh sebaik nama Zayn Rayyan diumumkan pengacara majlis.

Dalam hantaran tersebut, Ismanira turut meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian anak sulungnya itu kerana terpilih antara murid yang menunjukkan peningkatan terbaik dalam kelas.

“Tahniah! Selamat bergraduasi Zayn Rayyan. Mommy bangga dengan setiap pencapaian abang. Tak kira besar atau kecil mana pun pencapaian abang, mommy tetap bangga.

“Terima kasih kepada warga SK Damansara Damai (2) di atas jemputan ke Majlis Konvokesyen semalam. Ia akan menjadi kenangan indah buat kami sekeluarga,” katanya.

Pada masa sama, Ismanira turut berkongsi rasa sedihnya kerana tidak dapat bergambar bersama Zayn Rayyan seperti ibu bapa lain.

Malah, dia turut memuatnaik gambarnya bersama Zayn Rayyan dalam versi yang disunting.

“Mommy tak dapat nak bergambar dengan abang macam ibu bapa lain. Mommy dapat edit (sunting) macam ni je,” katanya sebak.

Hantaran tersebut turut mengundang sebak netizen yang menyifatkan Ismanira sebagai seorang ibu yang tabah dan kuat.

“Hadiah ada tapi orangnya taka da. Allahuakbar, sedih saya puan. Kalau saya ditempat puan, tak tahulah perasaan saya. Tapi jatuh lagi air mata saya hari ini,” kata ika_yusof.

“Allahuakbar, ibu ayah yang hebat. Tentu Zayn pun bangga,” kata fazuinda_purplecraft.

“Setiap gambar saya tengok. Semua saya mengalirkan air mata. Sedih tu hanya Allah je yang tahu,” kata zaty_zairuddin.

Terdahulu, media melaporkan Zayn Rayyan disedari hilang jam 12.30 tengah hari pada 5 Disember tahun lalu sebelum ibunya membuat hebahan di media sosial serta laporan polis.

Selepas lebih 30 jam kehilangannya, mayat mangsa ditemui dekat anak sungai kira-kira 200 meter daripada kediamannya di Blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai kira-kira jam 10 malam pada 6 Disember lalu.

Pada 9 Januari lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tumpuan polis kini terarah kepada semua maklumat yang dikumpul sepanjang siasatan.

Menurut beliau, ketika ini siasatan polis sudah melepasi 90 peratus keseluruhan siasatan termasuk dalam elemen forensik, patologi, keterangan saksi dan siasatan di tempat kejadian.

Katanya, langkah ini dibuat susulan hasil siasatan forensik pada masa ini yang dikategorikan berkesudahan secara negatif. – 2 Februari 2024

Topics

 

Hangat

[WATCH] Khalil and Vilas’ muhibbah Raya

After 21 years of marriage, Khalil Khalid and Nur Hannah M. Vilasmalar have cultivated acceptance and understanding of their different racial and cultural backgrounds.

Vikneswaran retains KLHA president’s post after Megat disqualified

The decision follows the KLHA council’s recent nullification of all candidates from the Kuala Lumpur Hockey Sports Education Association

Malaysia’s global reputation bolstered a year into Anwar’s PM stint  

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s achievements during his first year in office was no mean feat and it would be remiss to claim that his administration has taken a backseat in efforts to improve the nation’s global standing. 

Related