Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
LUAS kesan kekeruhan air di Sungai Selangor, Sungai Sembah | Scoop

LUAS kesan kekeruhan air di Sungai Selangor, Sungai Sembah

Kadar kekeruhan di LRA Rantau Panjang direkodkan jam 10 malam tadi

11:17 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengaktifkan pemantauan Sungai Selangor dan Sungai Sembah serta siasatan di kawasan berhampiran dan tindakan mitigasi susulan peningkatan kadar kekeruhan di Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, Kuala Selangor, malam tadi.

Menurut Luas, kadar kekeruhan di LRA Rantau Panjang direkodkan jam 10 malam tadi adalah 2238 NTU berbanding bacaan biasa di bawah 500 NTU.

“Semakan di LRA berdekatan iaitu SSP1, SSP2 dan SSP3 juga mendapati bacaan kekeruhan direkodkan antara 1000 ke 2000 NTU.

“LUAS segera menyelaraskan pembukaan pintu baraj sungai serta mengaktifkan pengepaman air mentah daripada HORAS 600 sebanyak 300 JLH dan kolam alternatif KL Larut sebanyak 192 JLH bagi mempercepatkan aliran kekeruhan tersebut melepasi kawasan muka sauk loji,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, LUAS turut melakukan siasatan di beberapa kawasan anak sungai meliputi Sungai Kundang, Sungai Kuang dan Sungai Serai serta mendapati bacaan kekeruhan adalah normal di bawah 500 NTU.

“Pemantauan sepanjang malam di Sungai Selangor dan Sungai Sembah dilakukan yang mana bacaan kualiti air iaitu tahap kekeruhan dianalisa setiap jam.

“Pemantauan ini ditamatkan pada jam 4 pagi tadi setelah kualiti air di Sungai Selangor dan Sungai Sembah didapati kembali pulih seperti keadaan biasa di bawah 500 NTU bacaan kekeruhan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, tiada henti tugas loji dilaporkan.

LUAS berkata, berdasarkan pemerhatian, peningkatan kadar kekeruhan disebabkan hujan lebat yang berlaku di kawasan Sungai Sembah petang semalam.

“LUAS meneruskan siasatan dan semakan susulan pagi ini di kawasan terlibat bagi mengenal pasti aktiviti yang berpotensi terhadap peningkatan kekeruhan di Sungai Selangor dan Sungai Sembah,” katanya. – 2 Februari 2024

Topics

 

Hangat

Related