Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Asteroid sebesar bangunan Empire State lintas bumi hari ini | Scoop

Asteroid sebesar bangunan Empire State lintas bumi hari ini

Ia dianggarkan bersaiz antara 690 dan 1,575 kaki (210 dan 480 meter) lebar

9:04 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Asteroid sebesar bangunan pencakar langit akan melintas dalam jarak 1.7m batu (2.7mkm) dari bumi, hari ini.

Namun, usah khuatir ia tidak akan menghentam bumi kerana ia melepasi bumi dengan jarak tujuh kali dari bumi ke bulan.

Pusat Kajian Objek Berdekatan Bumi (CNEOS) NASA menganggarkan asteroid itu bersaiz antara 690 dan 1,575 kaki (210 dan 480 meter) lebar.

Ini bermakna saiz asteroid itu mungkin serupa dengan bangunan Empire State New York City atau Menara Willis Chicago.

Ditemui pada 2008, asteroid itu ditetapkan sebagai OS7 2008.

Ia tidak akan kembali semula sehingga 2032, tetapi laluan lintasannya menjadi lebih jauh kira-kira 45m batu.

Asteroid gergasi yang tidak berbahaya itu antara salah satu daripada beberapa yang dikesan minggu ini.

Tiga asteroid yang jauh lebih kecil juga akan melintasi bumi secara tidak berbahaya hari ini, dengan dua lagi diramal pada esok. – 2 Februari 2024

Topics

 

Hangat

Related