Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Penyelarasan sistem baharu hanya libatkan prasekolah seliaan kerajaan: Wong | Scoop

Penyelarasan sistem baharu hanya libatkan prasekolah seliaan kerajaan: Wong

KPM dalam proses untuk memuktamadkan secara terperinci segala prosedur terutama membabitkan aspek pembelajaran murid prasekolah

4:13 PM MYT

 

IPOH – Penyelarasan baharu sistem prasekolah hanya akan melibatkan institusi di bawah seliaan kerajaan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.

Wong bagaimanapun berkata perincian berhubung perkara berkenaan akan dimuktamadkan oleh jawatankuasa penyelarasan prasekolah dalam masa terdekat.

“Di pihak KPM (Kementerian Pendidikan), kami dalam proses untuk memuktamadkan secara terperinci segala prosedur terutama membabitkan aspek pembelajaran murid prasekolah.

“Daripada dapatan itu, kami akan keluarkan satu garis panduan yang perlu diikuti oleh prasekolah berdaftar dengan kerajaan sahaja tanpa melibatkan prasekolah swasta,” katanya selepas Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Negeri Perak 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yuk Choy di sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Jemaah Menteri pada 24 Jan lepas memutuskan agar sistem pendidikan prasekolah di seluruh negara diselaraskan semula supaya kualiti pendidikan awal kanak-kanak itu lebih terjamin dan menyeluruh.

Sementara itu, mengenai insiden seorang bapa calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menyerang guru di sebuah sekolah di Sabah, beliau berkata pihaknya menyerahkan siasatan dan tindakan lanjut kepada pihak polis. 

Menurutnya kedua-dua pihak terlibat telah membuat laporan polis berhubung insiden yang tular di media sosial itu.

Pada 30 Jan lalu, media melaporkan seorang lelaki ditahan polis kerana mengugut guru susulan anaknya didakwa dipukul selepas didapati merokok di dalam tandas sekolah, sehari sebelum itu.

Penahanan lelaki berusia 49 tahun itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah. – 1 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related