Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
2 beradik maut nahas kereta bertembung trak pikap | Scoop

2 beradik maut nahas kereta bertembung trak pikap

Insiden berlaku di Jalan Kota Tinggi menuju ke Penawar

3:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua beradik maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta dan trak pikap di Jalan Kota Tinggi ke Penawar berhampuran Felda Air Tawar 3 di Kota Tinggi, Johor, hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor memaklumkan, kemalangan itu membabitkan lima mangsa yang menaiki kereta Proton Wira dan trak pikap jenis Toyota Hilux.

Katanya, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dan seorang warga emas berusia 61 tahun cedera parah, manakala pemandu trak pikap hanya mengalami cedera ringan.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 10.33 pagi dan satu jentera bersama tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi bergegas ke tempat kejadian.

“Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian hadapan kereta jenis Proton Wira dan menyerahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, mangsa yang mengalami kecederaan di hantar ke hospital berdekatan.

“Operasi menyelamat ditamatkan sekitar jam 11.55 pagi tadi,” katanya. – 1 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related