Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Bomba selamatkan kanak-kanak tersepit dalam mesin basuh | Scoop

Bomba selamatkan kanak-kanak tersepit dalam mesin basuh

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun tersangkut di dalam ruangan bahagian pengering mesin basuh jenis manual

9:48 PM MYT

 

ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang tersepit dalam mesin basuh di rumahnya di Jalan Felda Lubuk Merbau, Kuala Nerang berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang Penolong Penguasa Bomba Mohd Aminuddin Mad Khozali berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3.53 petang tadi.

“Sebuah jentera dari BBP Kuala Nerang telah dikerah ke lokasi dan mendapati seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun tersangkut di dalam ruangan bahagian pengering mesin basuh jenis manual.

“Anggota bomba telah bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dan diserahkan kepada keluarganya dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – 31 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related