Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Tun M kata kerajaan tiada duit, Muhyiddin beritahu saya cerita berbeza: Al-Sultan Abdullah | Scoop

Tun M kata kerajaan tiada duit, Muhyiddin beritahu saya cerita berbeza: Al-Sultan Abdullah

Antara cabaran dihadapi baginda adalah kerajaan di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan pandangan berbeza dengan situasi kewangan negara

11:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menangani cabaran politik dan ekonomi Malaysia semasa pemerintahannya, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mendedahkan naratif bercanggah mengenai kewangan negara di bawah kepimpinan dua Perdana Menteri.

Dalam temu bual disiarkan malam ini, Al-Sultan Abdullah bertitah, antara cabaran dihadapi baginda adalah kerajaan di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan pandangan berbeza dengan situasi kewangan negara.

“Apabila saya dilantik sebagai Agong, Perdana Menteri adalah Tun M (Tun Dr Mahathir Mohamad). Setiap kali saya mengadakan sesi dengannya, beliau akan sentiasa memberitahu saya bahawa kerajaan mengalami kekangan kewangan pada ketika itu.

“Beliau (Tun M) juga mengatakan bahawa negara tidak boleh berbelanja besar dan tidak melaksanakan projek-projek besar, malah sehingga ada antara projek yang perlu dibatalkan.

“Saya tidak akan menamakan projek-projek itu, tetapi saya faham rasional di sebalik pembatalan itu kerana saya baru sahaja masuk (sebagai Agong) dan saya faham rasional dan menerima realiti itu,” titah Al-Sultan Abdullah pada sesi wawancara Lambaian Mahkota yang menampilkan pengamal media tempatan dan luar negara, malam ini.

Bagaimanapun, Al-Sultan Abdullah bertitah, apabila Muhyiddin mengambil alih kerajaan, susulan Langkah Sheraton pada Mac 2020, kerajaan dilihat mempunyai dana.

“Apabila beliau (Tun Mahathir) meletak jawatan, saya dapati ceritanya berbeza. Kerajaan mempunyai dana untuk membelanjakannya dan sebagainya.

“Tetapi saya tidak mahu mengatakan siapa yang betul atau salah (mengenai perkara itu), tetapi kita tahu bahawa sedikit peningkatan (dalam dana kerajaan) diumumkan di Parlimen, peningkatan dari tahun ke tahun,” titahnya.

Hari ini menandakan berakhirnya pemerintahan Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Al-Sultan Abdullah, 64, mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 31 Januari 2019.

Pengisytiharan darurat, penularan Covid-19

Berbicara mengenai pandemik Covid-19, Al-Sultan Abdullah bertitah baginda ‘tidak berpuas hati’ dan enggan menandatangani pengisytiharan darurat, namun baginda tiada pilihan lain kerana peningkatan jumlah jangkitan ketika itu.

Malah, baginda menyatakan bahawa kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunjukkan bahawa negara berada dalam keadaan kewangan kukuh.

“Semua ini menunjukkan bahawa keadaan kewangan dan dasar fiskal kerajaan, bukan semua yang baik, tetapi okey,” titahnya.

Pada masa sama, baginda bertitah, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah sederhana dan kompetitif jika dibandingkan dengan negara jiran, tetapi kurang daripada negara besar seperti China.

Sementara itu, Al-Sultan Abdullah bertitah, baginda sentiasa memantau usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mengawal ketirisan dan perbelanjaan besar, selain mengambil maklum bahawa peruntukan belanjawan negara masih besar, walaupun dalam keadaan tertentu.

Bagaimanapun, baginda mengambil maklum Perkara 39 dan 40 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa eksekutif Persekutuan kepada Yang di-Pertuan Agong dan mengkehendaki Agong bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau seorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri.

“Ada peruntukan (dalam Perlembagaan) yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong mendapat apa-apa maklumat yang berkaitan dengan tadbir urus negara di Persekutuan.

“Jadi ini menunjukkan bahawa kuasa Agong adalah meluas. Walaupun bertindak atas nasihat, (baginda) boleh mendapatkan maklumat dan berbincang dengan Perdana Menteri.

“Agong boleh mendapatkan maklumat daripada mana-mana pejabat, jabatan atau kementerian,” titahnya.

Dari segi peranan Agong, Al-Sultan Abdullah bertitah, fungsi raja sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia boleh diperkasakan, sambil menambah bahawa terdapat cadangan untuk menjadikan raja sebagai pesuruhjaya kehormat polis yang akan dibangkitkan di Parlimen tidak lama lagi.

“Ia hanya satu formaliti yang membolehkan Agong memakai pakaian seragam polis yang sesuai kerana, lagipun, ia (namanya) adalah pasukan Polis Diraja Malaysia,” – 30 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related