Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Wanita cuba bunuh diri akibat anak ‘dipegang’ keluarga mentua masih kritikal | Scoop

Wanita cuba bunuh diri akibat anak ‘dipegang’ keluarga mentua masih kritikal

Mangsa turut berdepan isu tuntutan cerai daripada suaminya yang diberkas pihak berkuasa

3:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Akibat tekanan perasaan dan masalah keluarga berganda dialami, seorang wanita cuba membunuh diri dalam kejadian berhampiran sebuah kafe di Klang, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vliaya Rao Samachulu berkata, menerusi laporan diterima pihaknya, wanita warga Vietnam itu ditemui terbaring di hadapan kafe berkenaan.

“Bagaimanapun mangsa masih hidup dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan.

“Mangsa dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri. Dia mengalami kecederaan di kepala,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, punca kejadian yang berlaku kelmarin itu, disebabkan suami mangsa yang juga lelaki Vietnam diberkas pihak berkuasa negara berkenaan.

“Mangsa memohon perceraian daripada suaminya, sementara pihak keluarga mentua enggan menyerahkan anak kandung lelakinya yang berumur lima tahun kepada mangsa,” katanya.

Vliaya berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu, boleh menyalurkannya kepada pihak Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang Utara atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Pihak polis menyeru orang awam supaya sentiasa berwaspada terhadap kawasan sekeliling, bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang,” katanya. – 30 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related