Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
PH perlu guna pendekatan luar dari kebiasaan: Saifuddin | Scoop

PH perlu guna pendekatan luar dari kebiasaan: Saifuddin

Ketika situasi cukup mencabar dalam usaha meletakkan negara kembali di landasan tepat, pendekatan Pakatan Harapan juga perlu lebih dari kebiasaan

7:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pakatan Harapan (PH) perlu menggunakan pendekatan yang luar dari kebiasaan dalam usaha meletakkan negara kembali ke landasan yang tepat, kata Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Ini kerana, kata beliau yang juga Setiausaha Keadilan Rakyat, situasi ketika ini cukup mencabar.

“Insya-Allah muafakat persahabatan ini kita perkukuhkan dan jalan kehadapan bagi menggerakkan agenda rakyat serta naratif penerangan mesti dipertingkatkan,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ia merupakan antara intipati ucapan beliau sempena pemukiman Pakatan Harapan pagi tadi.

Pemukiman Pakatan Harapan itu diadakan selama dua hari bermula semalam di Putrajaya dan melibatkan pimpinan utama parti-parti komponen dalam pakatan berkenaan. – 29 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related