Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Wan Junaidi dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak | Scoop

Wan Junaidi dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak

Beliau juga dianugerahkan darjah kebesaran membawa gelaran Tun

11:22 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Yang di-Pertua Dewan Negara, Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan berkuat kuasa hari ini.

Dalam majlis berlangsung di Istana Negara, Wan Junaidi turut dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran ‘Tun’.

Beliau menerima surat cara pelantikan itu daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam istiadat berlangsung di Balairung Kecil, Istana Negara.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Wan Junaidi, 77, dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri selamat empat tahun, berkuat kuasa 26 Januari 2024 sehingga 26 Januari 2028.

Beliau dilantik menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang memegang jawatan itu selama tiga penggal mulai 1 Mac 2014 dan sepatutnya berakhir pada Februari ini. – 26 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related