Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Saya meragui PAS tetapi PASTI sangat berjaya: Hanipa | Scoop

Saya meragui PAS tetapi PASTI sangat berjaya: Hanipa

Hanipa berharap PASTI milik PAS tidak terlibat dalam pelarasan sistem pendidikan prasekolah di bawah KPM

6:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin berharap Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), tadika milik PAS tidak termasuk dalam pelarasan sistem pendidikan prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Menurutnya, walaupun meragui PAS yang menggugurkan keahliannya pada 2015, beliau memuji pencapaian besar PASTI yang dianggap antara prasekolah terbaik di Malaysia ketika ini.

“Putrajaya membuat keputusan untuk memperkemas sistem pendidikan prasekolah. Saya harap kerajaan Madani tidak akan ‘mengganggu’ PASTI yang dikendalikan oleh PAS.

“Saya mungkin mempunyai beberapa keraguan mengenai PAS tetapi PASTI sangat berjaya!” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mohamed Hanipa Maidin berharap PASTI tidak termasuk dalam pelarasan sistem pendidikan prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan. – Gambar Bernama, 25 Januari, 2024

Semalam, jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan memutuskan untuk menyelaraskan sistem pendidikan prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi meningkatkan mutu pendidikan peringkat tadika.

Terdapat beberapa sistem pendidikan prasekolah yang berbeza di Malaysia.

Ketika ini, tiga kementerian iaitu KPM, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan Kementerian Perpaduan Negara masing-masing mengendalikan tiga tadika berbeza, sementara beberapa jabatan agama Islam negeri juga memiliki tadika sendiri.

Selain itu, ada juga sistem yang ditawarkan entiti swasta, termasuk PASTI yang dikendalikan PAS.

Ketika ditanya jika penyelarasan itu juga akan melibatkan prasekolah swasta, Fahmi berpandangan ia akan dibuat secara “menyeluruh”, berdasarkan perbincangan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, semalam.

Namun, katanya, maklumat terperinci berkenaan perkara itu akan diumumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam masa terdekat. – 25 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related