Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Apa saya kata sebelum ini betul, akan ada lagi sokong PM selepas ini: MP Bukit Gantang | Scoop

Apa saya kata sebelum ini betul, akan ada lagi sokong PM selepas ini: MP Bukit Gantang

Beliau akan adakan sidang media tergempar esok, dedah sokongan berterusan terhadap PM

4:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – “Apa yang saya katakan sebelum ini adalah betul, ada lagi nanti yang akan menyusul.”

Demikian tegas Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal susulan pengumuman seorang lagi wakil rakyat daripada Bersatu, Datuk Zulkafperi Hanapi yang menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Ketika dihubungi Scoop, Syed Abu Hussin berkata, selepas Zulkafperi yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang, akan ada lagi wakil rakyat pembangkang yang bakal mengambil tindakan sama.

“Dengan kenyataan Zulkafperi, apa yang saya katakan sebelum ini adalah betul dan akan ada lagi nanti yang menyusul.

“Saya juga akan mengadakan satu sidang media tergempar dan pendedahan penting sokongan berterusan kepada Perdana Menteri esok,” katanya.

Semalam Zulkafperi mengisytiharkan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bertujuan untuk memastikan nasib dan pembangunan penduduk di kawasannya terus terbela dan akan mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan infrastruktur dan keperluan setempat.

Menurutnya, pengisytiharan sokongan itu tanpa sebarang paksaan dan tekanan daripada mana-mana pihak dan dilakukan dengan sepenuh hati demi kepentingan penduduk Tanjong Karang.

Syed Abu Hussin sebelum ini berkata, seramai tujuh atau lapan lagi Ahli Parlimen pembangkang didakwa akan mengisytiharkan sokongan secara terbuka terhadap kepimpinan Perdana Menteri, pada sesi Dewan Rakyat yang dijadualkan pada Februari depan.

Beliau berkata, semua ahli Parlimen itu hanya menunggu masa bagi mengisytiharkannya dan percaya perkara tersebut masih relevan dalam kalangan mereka.

Tahun lalu, lima ahli Parlimen daripada Bersatu menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Syed Abu Hussin menjadi wakil rakyat Perikatan Nasional kelima daripada Bersatu yang menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri selepas Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan) berbuat demikian. – 25 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related