Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Mahkamah Persekutuan putuskan permohonan cabar Enakmen Syariah Kelantan pada 9 Feb | Scoop

Mahkamah Persekutuan putuskan permohonan cabar Enakmen Syariah Kelantan pada 9 Feb

Peguam A.Surendra Ananth mewakili Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman

10:04 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 9 Feb ini untuk memutuskan permohonan dua wanita Islam bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019.

Peguam A.Surendra Ananth, yang mewakili Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman, ketika dihubungi Bernama berkata beliau menerima surat daripada mahkamah yang memaklumkan perkara itu hari ini.

Pada 20 Nov tahun lepas, panel sembilan hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menangguhkan keputusan mahkamah selepas selesai mendengar hujahan kedua-dua pihak.

Turut bersidang Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, Hakim Besar Malaya Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abdul Rahman Sebli serta Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais.

Nik Elin dan Tengku Yasmin memfailkan petisyen bagi mencabar keperlembagaan dan kesahihan 18 Seksyen Kesalahan Jenayah Syariah di bawah enakmen itu yang didakwa adalah terbatal dan tidak sah kerana Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk menggubalnya.

Mereka mendakwa peruntukan yang merangkumi kesalahan syariah membabitkan sumbang mahram, perjudian, liwat serta gangguan seksual adalah tidak sah kerana ia sudah diliputi oleh undang-undang di peringkat Persekutuan. – 24 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related