Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
SD Murad: Dakwaan Tun M tak benar, BPR buka 6 kertas siasatan terhadap Anwar | Scoop

SD Murad: Dakwaan Tun M tak benar, BPR buka 6 kertas siasatan terhadap Anwar

Bagaimanapun, hasil siasatan menunjukkan tiada sebarang kes terhadap Anwar

5:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa agensi itu tidak menyiasat akaun berkanun (SD) bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999.

Menurutnya, SPRM memandang serius kenyataan dibuat bekas Perdana Menteri itu pada sidang medianya kelmarin yang disifatkan sebagai tohmahan.

SPRM memaklumkan, berdasarkan rekod, Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu, sudah membuka enam kertas siasatan untuk menyiasat Anwar susulan SD tersebut yang dikeluarkan pada 26 Oktober 1999.

“SPRM memandang serius kenyataan mantan Dr Mahathir yang mendakwa agensi itu tidak menjalankan siasatan berhubung SD bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid pada 1999.

“Siasatan dijalankan secara mendalam, menyeluruh dan terperinci dengan bantuan Bank Negara Malaysia (BNM) termasuk di dalam dan luar negara seperti United Kingdom dan Singapura,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, hasil siasatan menunjukkan tiada sebarang kes terhadap Anwar.

Sehubungan itu, SPRM berkata, enam kertas siasatan berkenaan sudah dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara pada 12 Ogos 2002 dan Pejabat Peguam Negara memutuskan tiada pertuduhan dikenakan kepada mana-mana pihak.

“Justeru, SPRM ingin menekankan bahawa dakwaan BPR/SPRM tidak menjalankan siasatan terhadap Anwar berhubung SD Abdul Murad adalah tidak benar sama sekali.

“Malah perkara tersebut berlaku semasa kepimpinan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Kelmarin, Dr Mahathir dalam sidang media mempersoalkan kegagalan pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap Abdul Murad berhubung SD dibuatnya pada 1999.

Kira-kira 24 tahun lalu, Abdul Murad mendakwa Anwar yang ketika itu pembangkang memiliki RM3 bilion dalam lebih 20 akaun bank. – 24 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related