Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Istana tidak berkenan terima menghadap penganjur Himpunan Selamatkan Rakyat semalam | Scoop

Istana tidak berkenan terima menghadap penganjur Himpunan Selamatkan Rakyat semalam

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara berkenaan telah dihebahkan oleh penganjur menerusi media sosial

3:34 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Penganjur Himpunan Selamatkan Rakyat telah mengheret istana ke dalam drama politik dengan mendakwa Istana Negara berkenan menerima memorandum daripada kumpulan berkenaan.

Malah, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, perkara berkenaan telah dihebahkan oleh penganjur menerusi media sosial.

“Merujuk perhimpunan semalam, pegawai Istana Negara membuat laporan polis pada 22 Januari beberapa jam sebelum perhimpunan berlaku dengan secara jelas dalam aduan itu dimaklumkan bahawa pihak Istana Negara tidak pernah disebut sebagai memberi perkenan terima menghadap,” katanya pada sidang media di pejabat Kementerian Dalam Negeri, di sini, hari ini.

Saifuddin menambah polis telah membuka kertas siasatan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan beberapa individu akan dipanggil bagi memberikan keterangan.

“Penganjur tidak boleh ‘play victim’ sebab keengganan mereka untuk melakukan perkara paling asas (iaitu) memaklumkan, tetapi itu tidak berlaku,’’ katanya.

Semalam, kira-kira 700 orang, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, turut muncul di Istana Negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, penganjur perhimpunan berkenaan sudah dikenal pasti dan akan dipanggil bagi memberi keterangan dalam masa terdekat.

Polis juga telah membuka kertas siasatan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Allaudeen berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan polis yang dibuat oleh seorang individu di Balai Polis Travers semalam terhadap Ahli Bersatu, Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shahrin.

Badrul dikatakan membuat dakwaan berkenaan di dalam video berdurasi 52 saat yang dimuatnaik di TikTok dengan nama ‘Alias Official’. – 24 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related