KUALA LUMPUR – Polis masih belum menerima maklumat mengenai kemungkinan kepulangan dua rakyat Malaysia yang ditahan di penjara Guantanamo Bay selepas didakwa bersubahat dalam pengeboman kelab malam di pulau peranginan Bali, Indonesia, yang mengorbankan lebih 200 nyawa pada Oktober 2002.
Ia disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay semasa sidang media di Bukit Aman, hari ini.
“Kami masih belum menerima sebarang maklumat mengenai perkara ini,’’ katanya ringkas ketika ditanya mengenai potensi untuk kedua-duanya kembali ke Malaysia.
Kedua-dua tertuduh, Mohammed Farik Bin Amin, 48, dan Mohammed Nazir Bin Lep, 47, didakwa pada 2021 kira-kira 18 tahun selepas ditangkap di Thailand.
BERITA LANJUT MENYUSUL