Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Pandangan haprak 'jadi Perdana Menteri boleh bolot kekayaan' mesti diperangi: Anwar | Scoop

Pandangan haprak ‘jadi Perdana Menteri boleh bolot kekayaan’ mesti diperangi: Anwar

Kes rasuah perlu diperangi habis-habisan agar tiada stigma jadi ahli politik membuatkan seseorang bolot kekayaan peribadi.

4:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau akan terus memperjuang isu berkaitan penambahbaikan tata kelola serta memerangi rasuah yang menjadi antara agenda utama Kerajaan Perpaduan.

Menurut Anwar, ketegasannya berhubung perkara tersebut lebih-lebih lagi kes rasuah perlu diperangi habis-habisan agar tiada lagi stigma mengatakan ‘jadi ahli politik atau Perdana Menteri boleh membuatkan seseorang itu membolot kekayaan peribadi’.

“(Perkara) ini dianggap biasa, buat apa jadi Perdana Menteri kalau tidak jadi kaya. Bodohlah jadi Menteri Kewangan yang tak kumpul berbilion-bilion.

“Pandangan hambar, haprak ini mesti diperangi dan kita yang bertanggungjawab, ini bukan sahaja orang politik tetapi (melibatkan) seluruh sistem.

“Saya berharap kalau tidak ada sokongan dalam politik atau lain-lain, sekurang-kurangnya isu tata kelola dan tuntutan ke arah perubahan, saya pohon dukungan penuh daripada rakyat terutamanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Wacana Pemikir Global 2024 bertemakan ‘The Next 100 years: Vision 2100 for Malaysia’ di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (UM), di sini hari ini.

Wacana bertemakan 100 Tahun Akan Datang: Wawasan 2100 untuk Malaysia itu, bertujuan melakar sempadan baharu membabitkan pelbagai spektrum perspektif, hujah, perbincangan dan perbahasan analitikal serta kritikal mengenai kemajuan negara dan rantau ini pada masa hadapan.

Ia termasuk bidang kritikal dan strategik baharu bagi sektor dan industri yang disasarkan mampu memacu fasa kemajuan negara.

Program itu turut dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Naib Canselor UM, Datuk Seri Noor Azuan Abu Osman. – 22 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related