Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Anwar gesa sistem pra sekolah diteliti semula, ‘wujud ketidakseimbangan’ | Scoop

Anwar gesa sistem pra sekolah diteliti semula, ‘wujud ketidakseimbangan’

Wujud ketidakseimbangan yang ketara dalam sistem pra sekolah membabitkan pelajar di kota, desa dan pedalaman

4:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) meneliti semula sistem pendidikan prasekolah, bagi mengelakkan berlaku ketidakseimbangan dalam kalangan pelajar.

Anwar berkata, wujud keadaan itu terhadap sistem pra sekolah membabitkan pelajar di kota, desa dan pedalaman yang agak ketara.

“Kalau kita katakan 80 peratus sahaja yang masuk pra sekolah dengan kategori berbeza…mungkin 40 peratus baik, selainnya itu agak pertengahan dan sekitar 20 peratus amat lemah. Maknanya tak sampai 50 peratus.

“Maknanya kita dalam bicarakan soal keadilan, kita sebenarnya melebarkan kesenjangan (ketidakseimbangan) antara kota dan desa, kaya kota dan miskin kota serta desa dan pedalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Wacana Pemikir Global 2024 bertemakan ‘The Next 100 years: Vision 2100 for Malaysia’ di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (UM) di sini, hari ini.

Justeru, Anwar berharap segala kemudahan asas dapat dipertingkatkan bagi memajukan sistem prasekolah, termasuk pembelajaran bidang digital yang dilihat agak ketinggalan berbanding negara lain.

“Soal infra digital, soal kurikulum masa depan prasekolah, dalam semua kategori ini kita agak ketinggalan.

“Sebab itu saya gesa, Menteri Pendidikan baru (Fadhlina Sidek) lihat (kaji) semula sistem prasekolah,” katanya.

Terdahulu, Anwar merasmikan Wacana Pemikir Global 2024, bertujuan melakar sempadan baharu membabitkan pelbagai spektrum perspektif, hujah, perbincangan dan perbahasan analitikal serta kritikal mengenai kemajuan negara dan rantau ini pada masa hadapan.

Ia termasuk bidang kritikal dan strategik baharu bagi sektor dan industri yang disasarkan mampu memacu fasa kemajuan negara.

Program itu turut dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Naib Canselor UM, Datuk Seri Noor Azuan Abu Osman. – 22 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related