KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam prosiding berhubung Pengurusan Pelaksanaan Sistem Tol Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF).
Pengerusi PAC Parlimen, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pihaknya juga akan mendengar pandangan daripada operator lebuh raya berhubung pelaksanaan MLFF yang dilaksanakan kementerian berkenaan.
Katanya, PAC bercadang memulakan prosiding berhubung MLFF pada minggu pertama persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan bermula Februari ini.
“Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bersetuju untuk mengadakan prosiding berhubung pengurusan pelaksanaan MLFF yang dilaksanakan Kementerian Kerja Raya.
“Persetujuan mengenai prosiding itu dicapai sebulat suara dalam perbincangan khas ahli-ahli PAC di Parlimen,” katanya.
BERITA LANJUT MENYUSUL