Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Lazada Thailand laksana perubahan besar, CEO bakal berundur | Scoop

Lazada Thailand laksana perubahan besar, CEO bakal berundur

Ketua pegawai operasi, Varitha Kiatpinyochai, disebut-sebut bakal ganti tempat Werapong Goo

10:56 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Lazada Thailand merancang untuk melakukan perubahan besar untuk menggantikan ketua pegawai operasinya (CEO), Werapong Goo dengan Varitha Kiatpinyochai.

Varitha, telah berkhidmat selama lapan tahun dengan Lazada Thailand dan kini memegang jawatan sebagai ketua pegawai operasi (COO).

Werapong dikatakan akan meninggalkan syarikat berkenaan untuk mengejar peluang lain, lapor portal Bangkok Post yang memetik sumber.

Beliau yang sebelum ini berkhidmat dalam bidang pengurusan strategik di Boston Consulting Group, menyertai syarikat berkenaan pada 2019 dan merupakan rakyat Thailand pertama dilantik sebagai CEO Lazada di negara berkenaan.

Sementara Varitha pula dijangka menjadi wanita kedua yang dilantik ke jawatan CEO di syarikat terbabit selepas Jessica Liu, yang meletak jawatan pada 2021.

Lazada Thailand bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara berkenaan ketika dihubungi oleh Bangkok Post.

CNBC sebelum ini melaporkan Lazada telah memulakan pusingan baharu pembuangan pekerja di seluruh Asia Tenggara, menurut individu yang mempunyai pengetahuan secara langsung dengan perkara berkenaan.

Sumber yang rapat dengan Lazada Thailand sebelum ini pula memaklumkan kepada Bangkok Post bahawa seramai 30-50% kakitangan di syarikat berkenaan akan diberhentikan atau ditukar ke jawatan lain yang lebih sesuai.

Sehingga Mac 2023, Lazada Thailand mempunyai lebih 1,100 pekerja.

Manakala satu lagi sumber rapat dengan Lazada Thailand memaklumkan, walaupun syarikat itu merekodkan keuntungan namun dalam keadaan ekonomi semasa, ia perlu lebih cekap dan efisyen untuk bersaing dengan platform e-dagang lain yang kuat seperti Shopee dan TikTok Shop.

“Syarikat berkenaan telah terkenal di pasaran, jadi sedikit kakitangan diperlukan dan anggaran untuk aktiviti pemasaran mungkin dipotong,’’ kata sumber itu.

Sebelum ini, Lazada Malaysia juga dilaporkan tidak terkecuali untuk melaksanakan pembuangan pekerja, sama seperti yang dilaksanakan di Singapura.

Sumber memaklumkan kepada Scoop bahawa bahagian pemasaran dijangka menanggung beban pemberhentian itu, dengan potensi pengurangan sehingga 90%. – 21 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related