Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Lapangan terbang Minangkabau Indonesia ditutup akibat abu Gunung Marapi | Scoop

Lapangan terbang Minangkabau Indonesia ditutup akibat abu Gunung Marapi

Operasi penerbangan di lapangan terbang sama pernah dibatalkan selepas kejadian letusan gunung berapi sama pada 22 Dis lalu

9:46 PM MYT

 

JAKARTA – Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau dihentikan berkuatkuasa Jumaat berikutan abu gunung berapi tersebar dari Gunung Marapi di Sumatera Barat.

Ketua Lapangan Terbang Wilayah VI Kapten Megi H. Helmiadi berkata bahawa keputusan itu dibuat disebabkan abu gunung berapi dan keperluan mendesak berhubung isu keselamatan penerbangan.

“Demi keselamatan perjalanan udara, kami akan menangguhkan operasi di lapangan terbang mulai 2:15 petang hingga ke satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi penerbangan di lapangan terbang sama pernah dibatalkan selepas kejadian letusan gunung berapi sama pada 22 Dis lepas.

Data terkini daripada agensi volkanologi PVMBG mendedahkan satu lagi letusan Gunung Marapi berlaku pada 10.14 pagi Jumaat.

Ketua PVMBG Bukittinggi Teguh Purnomo melaporkan bahawa gunung berapi itu menghamburkan abu setinggi 500 meter, dengan ia menghala ke arah Barat Daya.

Pada 3 Dis 2023, Gunung Marapi pernah menghamburkan abu hingga mencecah 3,000 meter, mengakibatkan 23 pendaki maut dan tiga lagi cedera. – 19 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related